Saturday, 19 September 2015

KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957



Rombongan Merdeka 1956:



  1.  Pada awal tahun 1956 lagi, Parti Perikatan telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. 
  2.  Melalui kemerdekaan sahaja rakyat negara ini bebas memerintah mengikut cara dan hala tuju   yang ditentukan oleh mereka. 
  3. Sebagai ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah berunding  dengan Raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan. 
  4. Melalui perundingan tersebut, mereka akhirnya bersetuju untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan kerajaan British. 
  5. Seterusnya satu rombongan yang dinamakanRombongan Merdeka telah dibentuk. 
  6. Rombongan ini diwakili oleh empat orang wakil raja-raja Melayu iaitu Dato' Panglima Bukit Gantang, Abdul Aziz Othman, Dato' Mohd Seth serta Dato Nik Ahmad Kamil dan empat orang wakil parti Perikatan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, H.S.Lee, Dr. Ismail serta Dato' Abdul Razak Husein.
  7. Ketua rombongan Merdeka ke London ialah Tunku Abdul Rahman Putra. 
  8. Orang ramai telah memberi sokongan padu dan menaruh harapan yang tinggi kepada Tunku Abdul Rahman dan rombongannya.

Perjanjian London

  1.  Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British telah dilantik mempengerusikan  Rundingan London. 
  2. Rundingan ini telah berlangsung dari18 Januari hingga 8 februari 1956. 
  3.  Kedua-dua pihak telah bersetuju menandatangani satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian    London.
  4. Beberapa perkara penting telah dipersetujui dalam rundingan tersebut iaitu:
    (a) Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan merdeka.
    (b) Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu.
    (c) Satu perjanjian dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan Tanah Melayu dan juga menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
    (d) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
    (e) Institusi raja berpelembagaan dikekalkan.
    (f) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri diteruskan.
  5. Pada20 Februari 1956, Rombongan Merdeka telah kembali ke Tanah Melayu.
    Related image
  6. Kepulangan mereka telah disambut dengan meriah dalam perhimpunan besar-besaran diadakan Padang Merdeka,Banda Hilir di Melaka.
  7. Tunku Abdul Rahman Putra kemudian telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
    Image result for Perjanjian London.
  8. Selepas pengisytiharan tersebut, orang ramai yang hadir telah menyambut dengan pekikan 'Merdeka' dengan penuh semangat dan bergema.
Suruhanjaya Reid


  1. Sebuahperlembagaan yang dipersetujui oleh semua kaum perlu digubal bagi sebuah negara yang bakal merdeka. 
  2.  Parti Perikatan telah bersetuju dengan pelantikan sebuahsuruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan adil kepada semua kaum. 
  3. Oleh itu,Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 
  4. Pengerusi suruhanjaya ini ialahWilliam Reid.
  5. Tugas Suruhanjaya Reid ialah:
    (a) Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
    (b) Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
    (c) Menjamin kedudukan khas Raja-Raja Melayu.
    (d) Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
  6. Sebanyak131 memorandum daripada pelbagai pihak termasuk raja-raja Melayu telah diterima oleh Suruhanjaya reid. 
  7. Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan untuk     dibahaskan oleh penduduk dan parti politik tempatan.
  8. Walau bagaimanapun, beberapa cadangan Suruhanjaya Reid yang asal terpaksa dipinda untuk memuaskan hati semua pihak. 
  9.  Antara pindaan Suruhanjaya Reid yang dipersetujui ialah:
    (a) Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa dan negeri.
    (b) Kerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.
    (c) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.
    (d) Institusi raja-raja Melayu dan konsep raja berpelembagaan dikekalkan.
    (e) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
    (f)  Agama Islam juga telah dijadikan agama rasmi persekutuan. Walau bagaimanapun, agama lain boleh terus diamalkan. 
  10. Pindaan Suruhanjaya Reid telah dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan                   permuafakatan antara kaum di Tanah Melayu. 
  11. Persetujuan tersebut membolehkan pembentukan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep raja berpelembagaan. 
  12. Semua pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan tersebut kerana mereka       menyedari bahawa pakatan tersebut akan mewujudkan perpaduan antara kaum di Tanah Melayu.
  13. Akhir sekali, cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957.
  14. Deraf perlembagaan Merdeka telah dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan   Persekutuan.
  15. Upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 telah diadakan antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.
Perlembagaan Merdeka 1957 
  1. Terdapat beberapa fasal penting dalam perlembagaan merdeka. Fasal tersebut ialah:
    (a) Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
    (b) Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
    (c) Pembentukan sebuah Perlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    (d) Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dengan dibantu oleh sebuah kabinet.
    (e) Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
    (f)  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
    (g) Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang dilahir di Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan.
    (h) Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain. 
  2. Perlembagaan Merdeka 1957 telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Tanah Melayu untuk menerajui sebuah negara yang berdaulat. 
  3. Setiap penduduk Persekutuan Tanah Melayu telah bertekad berusaha untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.
  4. Semua kaum sama ada penduduk tempatan atau kaum pendatang mendapat faedah daripada       perkara yang telah dipersetujui dalam perlembagaan merdeka.
  5. Oleh itu, penghargaan seharusnya diberikan kepada pemimpin. Pemimpin yang telah berusaha   untuk mencapai kemerdekaan negara.
  6. Mereka secara bijaksana dapat menyelesaikan isu-isu yang rumit dan sensitif seperti soal           kerakyatan, bahasa kebangsaan dan kedudukan agama Islam, ketegangan kaum telah dapat       dielakkan dan kemerdekaan dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.
  7. Tokoh-tokoh yang berjasa dalam usaha mencapai kemerdekaan ialah                          Image result for Tunku Abdul Rahman Putra
      (a) Tunku Abdul Rahman Putra
    Image result for Dato' Abdul Razak
    (b) Dato' Abdul Razak

    (c) Tun V.T. Sambanthan

    (d) Tun H.S. Lee


    Image result for Dato' Onn Ja'afar
    (e) Dato' Onn Ja'afar


    (f) Yang di-Pertuan Agong
    (g) Dato' Panglima Bukit Gantang
    (h) Raja-raja Melayu dan pembesar negeri.
  8. Jasa mereka seharusnya dikenang oleh generasi hari ini kerana tanpa usaha gigih mereka, kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini tidak akan menjadi kenyataan.
Peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan 

  1. Pemasyhuran kemerdekaan dibuat tepat pada pukul 12 tengah malam, pada 30 Ogos 1957 di   hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur.
  2. Bendera Union Jack telah diturunkan dan sejurus kemudian, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh beberapa orang pemuda UMNO.
  3. Setelah bendera Union Jack mencecah bumi, orang ramai bersorak dengan tepukan gemuruh dan penuh kegembiraan.
  4. Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada keesokkan harinya, iaitu pada 31 Ogos 1957, 
  5. Stadium yang dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan negara telah siap sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan itu diadakan.
  6. Stadium merdeka adalah bangunan negara yang dibina khas untuk melahirkan identiti kebangsaan   kepada negara yang merdeka.
  7. Raja-raja Melayu pula yang berpakaian songket berkilau, berseri-seri, dipayungi dengan payung diraja.
  8. Mereka duduk berbaris bersemayam di pentas khas.
  9. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington telah bersedia dengan Dokumen Penyerahan Kuasa tersebut.
  10. Upacara dimulakan dengan ucapan wakil Baginda Ratu England.
  11. Kemudian, beliau menyerahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu.
  12. Dengan penyerahan dokumen pengisytiharan kemerdekaan tersebut, ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah dikuasai oleh penjajah hampir selama 446 tahun.
  13. Pemulangan kuasa ini dilakukan dengan penuh tertib.
  14. Ketua Kerajaan Perikatan yang bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra telah membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali.
  15. Beliau dengan penuh bersemangat melaungkan seruan 'merdeka' sebanyak tujuh kali.
    Image result for Bendera Union Jack di turun kan
  16. Inilah hasil perjuangan keramat bagi setiap rakyat terdahulu untuk diteruskan kesinambungannya oleh generasi kini yang mencintai negaranya yang berdaulat dan merdeka.
(Rujukan daripada buku teks Tingkatan 5,http://sksalaksouth.blogspot.com/2009/08/memperingati-detik-sejarah-kemerdekaan.htmlhttp://cikgurazak.blogspot.com/2010/01/nota-sejarah-bab-5.html, serta dari laman web https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-5-kemerdekaan-negara/)

Saturday, 12 September 2015

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

 
               
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.


1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.


18 Januari – 6 Februari 1956

Rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London diketuai Tunku Abdul Rahman .

20 Februari 1956
Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman.

21 Mac 1956
Sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Perlembagaan Reid.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan detik 12.00 tengah malam.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Rujukan dari laman web http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/?page_id=3055


 
Saksikan sebuah Filem pendek ini.



 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diidytiharkan secara rasmi tetap jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhura Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuk Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-aggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

    Wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu pada upacara bersejarah itu.

    Perisytiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku dan selepas laungan "MERDEKA" sebanyak tujuk kali. Upacara ini kemudian disusuli dengan seruan azan yang melambang sebuah negara Islam dengan agama rasminya telah dilahirkan. Diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan "NEGARAKU". Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.

    Begitulah detil-detik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang penuh dengan liku-liku dan ranjau
yang telah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu. Sebagai negerasi penyambung kemerdekaan, kita hari ini sesungguhnya telah mewarisi kemakmuran yang telah dicipta oleh mereka.

                                                                                                       
                                                                                                             ( Rujukan daripada buku                                                                                                                            Pengagian Malaysia DUB1012)